BN Selangor yakin menang tujuh kerusi

BN Selangor yakin menang tujuh kerusi

NOH Omar (kiri) bersama Annuar Musa dan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di PEDi Felda Bukit Cherakah, Kuala Selangor, Selangor. - UTUSAN/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Barisan Nasional (BN) Selangor optimis mampu memenangi sekurang-kurangnya tujuh kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, keyakinan itu bersandarkan sambutan positif rakyat terutama di kawasan luar bandar.

Jelas Pengerusi Perhubungan UMNO negeri itu, beliau turut turun padang membantu jentera parti terutama di kawasan Parlimen tumpuan.

“Biarpun kempen pilihan raya masih awal, saya melihat pergerakan jentera berjalan lancar dengan sokongan baik rakyat.

“Justeru, saya yakin BN bakal memenangi tujuh daripada 10 kerusi yang disasarkan termasuk Kuala Selangor,” katanya ketika ditemui pada Hari Bersama Komuniti di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di Felda Bukit Cherakah di sini, hari ini yang turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menurut Noh, semua calon BN diminta menggunakan media sosial sebagai platform utama untuk berkempen kerana corak kempen di kawasan luar bandar dan bandar sememangnya amat berbeza.

 “Selain kempen dari rumah ke rumah, media sosial lebih efektif untuk digunakan calon terutama bagi menepis sebarang isu atau fitnah yang cuba dilemparkan terhadap mereka,” ujarnya yang tekad terus membantu jentera BN memperoleh sebanyak mungkin kemenangan di negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya