BN kekal pembangkang lebih bermaruah, bangkit semula hadapi PRU16

BN kekal pembangkang lebih bermaruah, bangkit hadapi PRU16

FATHUL Bari Mat Jahya dalam sidang akhbar di salah sebuah hotel di Kangar, Perlis malam tadi.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berpendirian, menjadi pembangkang adalah lebih mulia dan bermaruah bagi Barisan Nasional (BN) daripada menyertai mana-mana gabungan membentuk kerajaan.

Katanya, hal demikian kerana mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) membuktikan penolakan besar-besaran terhadap UMNO BN dan seharusnya parti itu menghormati demokrasi serta pilihan rakyat.

Selain itu, katanya, bukankah BN selalu dilabel sebagai parti rasuah, korup walaupun kes-kes di mahkamah sedang berjalan dan mengapaperlu bersama-sama dengan pembentukan kerajaan sehingga mampu menjejaskan nama baik kerajaan itu sendiri.

“Masa yang terbaik untuk BN pada masa ini adalah baiki imej. Ambil masa lagi lima tahun cuba perbaiki dan bangkit kembali dengan lebih bermaruah.

“Namun jika ada kemudaratan besar sehingga Parlimen tergantung dan tidak dapat membentuk kerajaan, maka para pemimpin berbincanglah dan berijtihadlah dengan asas-asas seperti mengenal pasti dan analisis maslahah atau mudarat sebelum keperluan bekerjasama dengan mana-mana parti. 

“Pastikan kita tidak diletakkan dalam situasi yang mampu menghancurkan parti,” katanya dalam sidang akhbar di salah sebuah hotel sini malam tadi.

Dalam sidang akhbar berkenaan, Fathul bersama bahagian-bahagian UMNO di negeri ini turut menggesa agar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Azlan Man mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan ekoran kekalahan BN di negeri ini.

Selain kehilangan Perlis, BN gagal memenangi walau satu kerusi pun sekali gus merekodkan pencapaian paling buruk parti itu dalam sejarah pilihan raya.

Mengulas lanjut, Fathul Bari berkata, pastikan tawaran yang diberikan oleh mana-mana parti yang bergabung dengan BN adalah dalam situasi menang-menang dan menepati kepentingan rakyat serta negara.

“Jangan berpecah sesama kita dalam membuat keputusan besar seperti ini. Kita juga menolak kerjasama dengan mana-mana pihak yang menzahirkan anti-Islam melainkan terzahir kesungguhan mereka untuk benar-benar berubah.

“Jadilah ‘negotiator’ yang berprinsip, janganlah semata-semata kerana tawaran, kedudukan juga jawatan, kita mudah menyerahkan maruah diri. Mana-mana pihak yang ingin menjemput BN, sila hormati kami. Jangan terlalu sombong dan bongkak,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.