Berkerusi roda tidak halang guru terus berkhidmat

Berkerusi roda tidak halang guru terus berkhidmat

PENGARAH Pendidikan Negeri, Sabah Datuk Tah Nia Jaman (kiri) bersama Pengerusi YGMB, Aminudin Adam (dua dari kiri) dan Wan Munadi Wan Mamat bergambar bersama penerima sumbangan Khas Ziarah Kasih, Irene Justine pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-28 YGMB di Kota Kinabalu, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kemalangan jalan raya yang berlaku tiga tahun lalu mengubah sepenuh­nya kehidupan seorang guru yang kini terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda atau tongkat.

Walaupun pergerakannya terbatas namun, Irene Justine, 46, tidak pernah berputus asa, malah rutin mengajar murid di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Lok Yuk Likas masih diteruskan sehingga kini.

Guru yang sudah bertugas lebih 20 tahun itu berkata, kemalangan jalan raya yang berlaku pada Februari 2018 menjadi detik permulaan kepada penemuan penyakit-penyakit lain yang kini dihidapinya.

“Gejala-gejala lain mula muncul sedikit demi sedikit selepas kemalangan berlaku. Baru-baru ini, saya disahkan menghidap spine celebral’ yang mengakibatkan pergerakan saya mula terbatas. Malah, ia turut mengganggu percakapan saya.

“Kini, saya masih menjalani rawatan fisioterapi percakapan dan sekarang murid boleh faham apa yang saya cuba sampaikan semasa proses pengajaran. Kini, kelas yang saya ajar juga diadakan di aras bawah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pada peringkat awal, dia terpaksa ulang beberapa kali kerana murid tidak faham apa yang cuba disampaikan kerana gangguan percakapan yang dialami.

Guru yang menghidap Sistemetik Lupus Eritematosus (SLE) ini turut mengalami keretakan pada tulang bahu namun, pembedahan tidak boleh dilakukan kerana penyakit SLE yang dihidapi.

Bercerita lanjut katanya, se­lain menjalani fisioterapi percakapan, dia juga perlu menjalani rawatan fisioterapi fizikal pada setiap dua minggu.

Namun, rawatan fisioterapi fizikal tidak menganggu proses pengajaran kerana ia dilakukan pada waktu petang, iaitu selepas sesi persekolahan tamat.

Irene berkata, dia akan meneruskan rutin mengajar selagi beliau masih mampu bercakap dan bergerak menggunakan tongkat atau kerusi roda.

“Saya mempunyai sembilan tahun lagi untuk berkhidmat sebelum bersara wajib pada usia 55 tahun. Jadi komitmen mendidik anak-anak murid akan tetap diteruskan,” katanya.

Sementara itu, Arizal Yusof yang kini masih cuti mengajar selepas terlibat kemalangan jalan raya pada Ogos lalu meletak harapan yang tinggi agar diberi kesembuhan secepat mungkin.

Guru berasal dari Kelantan itu kini mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kelangsat, Sipitang.

“Saya terlibat kemalangan semasa konvoi motosikal ke Tawau dan kini, saya masih menunggu besi di kaki saya dibuka dan mungkin akan kembali mengajar semula selepas itu, jika mendapat kebenaran doktor,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN