Beri ruang kepada Anwar Ibrahim pimpin negara-Mohd. Shafie

Beri ruang kepada Anwar pimpin negara-Mohd. Shafie

MOHD. Shafie Apdal (dua kanan) semasa tiba di DUN Sabah di Kota Kinabalu. -UTUSAN/SURAIDAH ROSLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal meminta semua pihak agar memberi ruang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui kepimpinan negara bagi tempoh lima tahun ini.

Beliau berkata, Anwar seorang yang mempunyai pengalaman dalam pentadbiran negara jadi, ruang harus diberikan kepadanya untuk mengetuai kerajaan perpaduan.

“Beliau (Anwar) seorang yang mempunyai pengalaman, bukan tidak ada pengalaman jadi, kita harus berikan ruang kepadanya.

“Ia selaras dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong agar kita wujudkan satu penyatuan yang menjadi tonggak penting kepada negara.

“Kerajaan perpaduan ini sangat penting bagi membolehkan negara bergerak maju ke hadapan,” katanya ketika diminta mengulas tentang pelantikan Perdana Menteri ke-10.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pembentangan Bajet Negeri Sabah 2023 di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Ketika ini, parti Warisan antara parti yang menyatakan sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH) yang mengetuai kerajaan perpaduan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, sejak daripada awal lagi Warisan memperkatakan tentang kerajaan perpaduan namun, tiada yang mendengar dan sekarang ia sudah terlaksana.

Maka, beliau berharap perkara itu dapat diterjemahkan secara menyeluruh dalam memastikan penyatuan umat di negara ini dapat dilakukan.

Mengulas tentang khabar angin beliau bakal memegang jawatan penting dalam Kabinet pimpinan Anwar Ibrahim, Mohd. Shafie berkata, beliau tidak mendengar apa-apa setakat ini.

“Saya tidak dengar apa-apa. Saya masih belum bertemu dengan Datuk Seri Anwar. Tapi, saya akan berjumpa dengan beliau pada minggu hadapan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN