Banjir di Kampung Bangi Tambahan surut

Banjir di Kampung Bangi Tambahan surut

PENDUDUK di Kampung Cemperai Dengkil, Selangor turut terkesan banjir. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Banjir di kawasan Kampung Bangi Tambahan, Bangi Lama di sini kini beransur surut. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata,  setakat pukul 8 pagi tadi, paras air menurun sehingga 0.4 meter, manakala tiada lagi penduduk dipindahkan. 

“Setakat ini seramai 34 penduduk daripada sembilan keluarga diselamatkan dan tinggal di rumah saudara masing-masing.

“Bagaimanapun, satu pusat penempatan sementara turut dibuka di Balai Raya KKI Sungai Ramal,” katanya di sini hari ini. 

Hujan lebat sejak pukul 11 malam tadi menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Selangor dinaiki air antaranya, Jalan Kampung Landasan Bukit Kuda dan Taman Sentosa, Klang; Kampung Sri Aman dan Putra Height Harmoni 1, Puchong; Taman Chi Liung, Teluk Pulai dan Taman Maznah di kawasan Kota Raja.

Selain itu, Taman Pasir Mas, Jalan Seroja, Jalan Reko dan Taman Teknologi Kajang, Kajang; Bukit Lanchang, Taman Sri Muda dan Jalan Kebun, Shah Alam serta Kampung Sungai Pening dan Sungai Lalang, Semenyih turut dikesan dinaiki air.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya