Azmin bakal tewas di tangan Amirudin?

Azmin bakal tewas di tangan Amirudin?

AZMIN ALI (kiri) dan AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Kajian Institut Darul Ehsan (IDE) meramalkan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyandang kerusi Parlimen Gombak untuk tiga penggal bakal tewas di tangan anak muridnya, Datuk Seri Amirudin Shari.

Azmin yang bertanding atas tiket PN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini diramal gagal mengekalkan kerusi tersebut dan Amirudin yang juga digelar Panglima Pakatan Harapan (PH) bakal mendapat majoriti besar.

Pengerusi Eksekutif IDE, Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, ramalan itu berdasarkan kajian institut membabitkan responden daripada 47 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Parlimen itu pada 10 hingga 12 November lalu.

“Hasil kajian mendapati 52.5 peratus responden akan mengundi gabungan PH, jauh meninggalkan PN dengan hanya 21.9 peratus.

“Barisan Nasional (BN) pula hanya mendapat 13.8 peratus sokongan, manakala pengundi atas pagar 11.6 peratus,” katanya.

Kerusi panas itu menyaksikan Azmin berdepan saingan lima penjuru terutama Amirudin selain dicabar calon BN, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, Datuk Aziz Jamaludin Mhd. Tahir (GTA) dan Zulkifli Ahmad (Bebas). 

Kerusi Parlimen Gombak disandang Azmin yang menang dengan majoriti 48,721 menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahim Kamarudin dan Pas, IR. Khairil Nizam pada PRU14. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN