Artis Mustaqim, Ara Johari teruja iringi calon BN 

Artis Mustaqim, Ara Johari rayu pilih BN 

CALON BN Parlimen Sepang, Anuar Basiran (dua kiri) bersama Ara Johari dan Mustaqim Bahadon membantu kempen di Pekan Lama Salak, Sepang, Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA GAMBAR : FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Dua artis tempatan yang baru meningkat naik turut teruja mengiringi calon Barisan Nasional (BN), Anuar Basiran berkempen untuk kerusi Parlimen Sepang sepanjang hari ini.

Malahan mereka juga kelihatan seronok dapat mendampingi masyarakat setempat sambil beramah mesra dalam sesi santai calon tersebut seawal pukul 8 pagi sehingga lewat petang.

Menurut pelakon, Mustaqim Bahadon, 37, meskipun sibuk namun mereka berkesempatan mengajak para pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab pada 19 November depan.

“Kita sebagai rakyat kena bijak memilih pemimpin berwibawa dan boleh mentadbir negara, maka pilih BN kerana gabungan ini terbukti paling baik,” katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau yang juga lulusan dari Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah itu mengakui pengalaman dapat berkempen untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) amat unik.

Apatah lagi, ini kali pertama aktor kacukan Melayu-Cina yang berasal dari Kangar, Perlis itu diberikan peluang bersama calon BN dan merasai bagaimana sibuk menemui masyarakat.

Turut sependapat ialah penyanyi, Ara Johari, 25, dan menyifatkan PRU15 memberikan peluang kepada pengundi memilih wakil rakyat yang dapat memimpin komunitinya dengan baik.

“Kita hendak cari pemimpin bertanggungjawab dan membentuk kerajaan yang betul, bagi saya biarlah kita tidak salah memilih atau menyesal untuk lima tahun akan datang,” katanya yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Semalam, bekas vokalis rock kumpulan Lefthanded, Datuk Nasharudin Elias atau Nash turut berkempen untuk BN dengan mengiringi Anuar menziarahi penduduk yang meninggal dunia.

Kerusi Parlimen Sepang menyaksikan persaingan sengit lapan penjuru termasuk calon dari Perikatan Nasional, Pakatan Harapan dan Parti Pejuang Tanah Air selain dua wakil Bebas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya