Anwar isytihar aset lebih RM11 juta, Nurul Izzah lebih RM800,000 - Utusan Malaysia

Anwar isytihar aset lebih RM11 juta, Nurul Izzah lebih RM800,000

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan hartanya dengan aset bersih bernilai sebanyak RM11.17 juta.

Menurut laman calonkeadilan.org, jumlah nilai aset bersih yang diisytiharkan setakat 30 Oktober itu merangkumi RM828,667.83 wang tunai dan simpanan serta RM10.35 juta nilai hartanah yang dimiliki beliau.

Berdasarkan dokumen pengisytiharan harta yang dimuat naik itu, aset wang tunai dan simpanan Presiden PKR itu meliputi RM354,812.58 wang tunai di BIMB; RM100,000 wang tunai di Citibank; RM292,032.64 di akaun pelaburan (HSBC) dan RM81,813.61 di akaun pelaburan (BIMB).

Selain itu, RM10.35 juta nilai hartanah yang dimiliki Anwar membabitkan sebuah tanah bernilai RM50,000 di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang; sebuah tanah bernilai RM300,000 di Bentong, Pahang; sebuah tanah di Port Dickson yang bernilai RM1 juta dan sebuah tanah beserta rumah di Segambut Dalam yang bernilai RM9 juta.

Dalam pada itu, Anwar melalui dokumen tersebut turut menyertakan pendapatan bulanannya sebagai Ahli Parlimen Port Dickson adalah sebanyak RM21,755.69.

Bagaimanapun, tiada pemilikan yang direkodkan calon PH di Parlimen Tambun itu bagi kategori kenderaan; barang kemas dan karya seni; perbelanjaan bulanan dan jumlah hutang.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengisytiharkan hartanya dengan aset bersih berjumlah RM808,761.

Menurut dokumen yang dimuatnaik, aset bersih Nurul Izzah setakat 30 September lalu meliputi wang tunai dan simpanan berjumlah RM105,000; dua jenis pelaburan yang bernilai RM400,000 dan satu hartanah yang bernilai RM1.06 juta.

Seterusnya, calon PH di Parlimen Permatang Pauh itu memiliki sebuah Proton X70 bernilai RM94,000; karya seni dan barang kemas yang masing-masing bernilai RM5,000.

Nurul Izzah bagaimanapun masih memiliki hutang rumah dan kenderaan yang berjumlah RM860,239. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya