PERUBAHAN demografi pengundi di kerusi Parlimen Alor Gajah memaksa parti bukan Melayu melepaskan status quo masing-masing bagi memberi laluan kepada calon Melayu bertanding di situ. Pegangan terhadap hak eksklusif kerusi tradisi dilihat sudah tidak relevan pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), memandangkan setiap komponen dalam mana-mana gabungan politik perlu berfikiran realistik untuk mencukupkan jumlah kerusi ke Putrajaya. Berdasarkan situasi di Alor Gajah, siapa sangka Parlimen yang sekian lama menjadi medan…










