Amanah minta SPR, polis siasat ucapan Razman

Amanah minta SPR, polis siasat ucapan Razman

TANGKAP layar Razman Zakaria ketika berucap di pasar malam Tebuk Pancur, Semanggol.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Amanah Perak kesal dengan kempen berbaur fitnah yang didakwa  dilakukan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria.

Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi berkata, tindakan Razman yang juga Pesuruhjaya Pas Perak itu telah mencemarkan perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sehubungan itu katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta mengambil tindakan dengan menyiasat ucapan Razman menerusi video tular di media sosial.

“Saya amat kesal dengan video tular berkaitan ucapan berbaur fitnah calon Perikatan Nasional (PN) daripada Pas itu.

“Sewajarnya kempen-kempen berbaur fitnah ini dihentikan, malah Islam cukup melarang umatnya memfitnah kerana kesan kepada masyarakat cukup besar dan tindakan ini amat dikesali sama sekali,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut Asmuni, Razman sewajarnya memberi fokus kepada permasalahan rakyat seperti isu ekonomi, harga barang dan kemiskinan menerusi kempennya bukannya membuat fitnah dan adu domba.

“Saya mengajak rakyat menolak calon-calon yang mengamalkan politik fitnah dan kebencian kerana ia tidak membawa apa-apa manfaat dan kebaikan pun kepada rakyat dan negara,” katanya.

Menerusi laporan sebuah portal berita, Razman yang juga penyandang kerusi DUN Gunong Semanggol dikatakan mendakwa UMNO dan Pakatan Harapan (PH) akan bekerjasama selepas PRU15.

Beliau juga dilaporkan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengetuai PH membawa budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan mahu menghalalkan perkahwinan sejenis manakala DAP pula membawa agenda komunis. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya