APABILA baru-baru ini, pelakon, Beto Kusyairy melontarkan kenyataan dalam satu temu bual bahawa seseorang pelakon yang melakukan aksi lagak ngeri sendiri, tidak semestinya layak diangkat sebagai pelakon yang bagus. Mungkin ketika itu, dia bercakap tentang dirinya sendiri selaku pemegang watak dalam drama lakonannya iaitu Halimun. Tetapi, mungkin pandangan sesetengah anak seni tidak sama. Ada pelakon menganggap ia sebagai satu kepuasan. Ada pelakon lain pula mungkin beranggapan ia terlalu berisiko dan…