Akar umbi UMNO Tanjong Karang ikrar sokong Noh

Akar umbi UMNO Tanjong Karang ikrar sokong Noh

SALBIAH Saari (tengah) ketika berucap pada himpunan aman itu di hadapan Bangunan UMNO Tanjong Karang, Kuala Selangor, Selangor. UTUSAN/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Akar umbi UMNO Bahagian Tanjong Karang berikrar untuk terus menyokong perjuangan Tan Sri Noh Omar di kawasan Parlimen itu.

Selain mengekalkan Noh sebagai Ketua Bahagian, mereka mendesak Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya segera berundur dan meletak jawatan.

Ketua Pergerakan Puterinya, Salbiah Saari berkata, semua akar umbi masih terkejut dengan keputusan Noh meletak jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri semalam.

“Namun, kami kekal setia dengan kepemimpinan beliau sebagai Ketua Bahagian dan akan terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi.

“Selain itu, kami menolak Ahmad Zahid yang diminta segera berundur kerana menjadi punca kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) termasuk di Tanjong Karang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Himpunan Aman Solidariti bersama lebih 500 akar umbi parti itu di hadapan Bangunan UMNO Tanjong Karang di sini, hari ini.

Semalam, Noh mengumumkan peletakan jawatan itu berikutan hilang kepercayaan kepada Ahmad Zahid dan turut menggesa supaya melakukan perkara sama.

Tindakan itu susulan Presiden UMNO berkenaan turut hilang kepercayaan terhadap beliau yang masih kekal memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi parti.

Tambah Salbiah, beliau turut memberi sokongan kepada Noh yang juga penyandang kerusi Parlimen itu pada Pemilihan UMNO kelak.

Kelmarin, Parlimen Tanjong Karang yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Selangor tumbang di tangan Perikatan Nasional (PN).

Calon PN, Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi menawan kerusi itu dengan kemenangan majoriti 2,180 undi.

Beliau memperoleh 18,054 undi dengan menewaskan calon BN, Datuk Habibah Mohd. Yusof (15,874) dan Siti Rahayu Baharin dari Pakatan Harapan (PH) (12,314).

Turut tewas, calon Gerakan Tanah Air (GTA), Azlan Sani Zawawi atau Lando yang memperoleh 3,557 undi manakala calon Bebas, Mohd. Rosni Mastol dengan  1,406 undi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya