Ahmad Zahid lebih sesuai jadi TPM, lebih pengalaman - Nur Jazlan

Ahmad Zahid lebih sesuai jadi TPM, lebih pengalaman – Nur Jazlan

pru15
AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi lebih layak menjadi Timbalan Perdana Menteri kerajaan perpaduan berbanding timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ini kerana Ahmad Zahid mempunyai pengalaman luas di peringkat Pusat.

Bagaimanapun, katanya, lantikan itu tertakluk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai kuasa prerogatif dalam perkara tersebut.

“Ahmad Zahid dilihat lebih layak menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri atas beberapa faktor, antaranya pengalaman luas dimiliki di peringkat Pusat berbanding Tok Mat (Mohamad Hasan).

“Selain itu, beliau adalah Presiden parti, dengan Ahli Parlimen UMNO khususnya telah mengangkat akuan akan setia kepada pucuk pimpinan untuk menentukan hala tuju perjalanan parti.

“Terakhir, sebagai Presiden, beliau mampu menarik sokongan Ahli Parlimen BN (Barisan Nasional) untuk terus menyokong kerajaan perpaduan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

NUR JAZLAN MOHAMED

Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai berkata, isu pelantikan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet yang baharu tidak perlu dipersoal kerana ia adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri seperti tertakluk dalam Perlembagaan negara.

“Rakyat telah membuat pilihan dan tugas mereka telah selesai ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kini beri kepercayaan kepada individu diberi mandat, iaitu Ahli Parlimen untuk menentukan kepimpinan tertinggi negara pasca PRU15.

“Jika ada sebarang perkara berbangkit tentang isu ini, rakyat boleh sekali lagi membuat perubahan dalam PRU16,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong enggan memberikan sebarang komen tentang pelantikan Timbalan Perdana Menteri dan  pembentukan Kabinet kerajaan baharu.

“Maaf, tiada komen,” katanya ringkas ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.