Ahmad Faizal nafi PN tidak tawar BN runding bentuk kerajaan negeri - Utusan Malaysia

Ahmad Faizal nafi PN tidak tawar BN runding bentuk kerajaan negeri

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perikatan Nasional (PN) Perak menafikan parti itu tidak mahu berjumpa dan memberi apa-apa peranan kepada Datuk Seri Saarani Mohamad dan Barisan Nasional (BN) dalam pembentukan kerajaan negeri.

Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjelaskan, pihaknya berlapang dada dan terbuka untuk bekerjasama namun BN bertegas agar PN menawarkan tawaran jawatan-jawatan penting dalam kerajaan negeri.

“Kenyataan Saarani bahawa PN tidak mahu berjumpa dengannya dan tidak bersetuju untuk memberi apa-apa peranan kepada BN dalam pembentukan Kerajaan Perak adalah merupakan satu penipuan besar,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Semalam, selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baharu, Saarani mendakwa tiada sebarang tawaran dibuat PN kepada BN untuk bekerjasama bagi membentuk kerajaan negeri di Perak.

Saarani yang juga Pengerusi BN negeri dilaporkan mendakwa tawaran untuk membentuk kerajaan negeri hanya diterima daripada Pakatan Harapan (PH).

Beliau dipetik berkata, tawaran itu membabitkan jawatan Menteri Besar selain tiga Exco kerajaan negeri dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada BN.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Sabtu lalu, BN hanya memenangi sembilan daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berbanding PN (26 kerusi) dan PH (24 kerusi).

Menurut Ahmad Faizal, hakikat sebenarnya ialah beliau bersama Setiausaha PN negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin bertemu dengan Saarani sehari selepas PRU15 di ibu negara bagi berunding kemungkinan kerjasama PN dan BN menubuhkan kerajaan negeri di Perak.

Jelasnya, dalam perjumpaan itu, Saarani turut menyatakan hasrat untuk kekal dicadangkan sebagai Menteri Besar dan perkara itu adalah sesuatu yang amat penting.

Ahmad Faizal menyatakan kebimbangan dengan keadaan di mana kerajaan negeri belum membentangkan belanjawan negeri 2023 dan kemelut politik mesti dirungkai segera demi kepentingan rakyat.

Beliau memaklumkan, Saarani memohon untuk merujuk kepada kepimpinan UMNO sebelum membuat apa-apa persetujuan.

“Namun, pada beliau dan kepimpinan UMNO telah menyelamatkan jawatan Menteri Besar yang dipegangnya sambil menipu perwakilan Perhimpunan Agung UMNO yang lalu dengan slogan ‘No DAP’. Tanggungjawab sebagai Menteri Besar Perak adalah amat besar dan seharusnya sumpah setia jawatan yang dibacakan dengan kalimah suci tidak disusuli dengan penipuan kepada rakyat jelata,” jelas beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.