8 lelaki ditahan disyaki edar, proses air ketum - Utusan Malaysia

8 lelaki ditahan disyaki edar, proses air ketum

POLIS Daerah Barat Daya merampas air ketum yang siap diproses, daun ketum serta alat-alat memproses air ketum dalam serbuan di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAYAN LEPAS: Seramai lapan lelaki warga tempatan ditahan polis di sebuah rumah di Permatang Damar Laut, di sini kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dan memproses air ketum.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, kesemua suspek berusia antara 19 hingga 48 tahun dan lima daripada mereka memiliki pelbagai rekod lampau melibatkan kes narkotik dan jenayah.

”Bertindak atas maklumat awam, polis Barat Daya telah membuat serbuan di sebuah rumah di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas.

”Dalam serbuan tersebut, pihak polis berjaya menahan lapan suspek dan menemui kira-kira 122,500 mililiter (ml) disyaki air ketum yang siap diproses, 85 kilogram (kg) daun ketum serta alat-alat untuk memproses air ketum di dalam rumah dan di dalam bonet kereta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan, jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM 2,075.

”Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Sek 30(3) Akta Racun 1952,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya