3,000 hektar tanah diteroka diberi kelulusan sementara

[SIDANG DUN] 3,000 hektar tanah diteroka secara haram diberi kelulusan sementara

AZMAN Ibrahim dalam sesi soal jawab pada Sidang DUN Terengganu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 3,000 hektar tanah milik kerajaan negeri yang diteroka secara haram untuk tujuan pertanian sejak berpuluh tahun lalu telah diberi kelulusan sementara sejak Pas mengambil alih pentadbiran negeri pada tahun 2018.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Dr. Azman Ibrahim berkata, kebanyakan tanah haram di Setiu ditanam dengan kelapa sawit yang melibatkan lebih 200 peneroka manakala bakinya tanaman kontan.

“Dalam situasi kerajaan tidak mempunyai sebarang perancangan pembangunan, maka kita izinkan rakyat guna dahulu tanah tersebut dengan mematuhi saluran peraturan sedia ada. 

“Ia bukanlah galakan kepada penerokaan tanah haram, tapi kerajaan hanya selesaikan isu lapuk yang telah berlarutan sejak puluhan tahun. Biarlah rakyat kita boleh cari rezeki dengan tenang atas ‘tanah halal’.

“Hasil sesi libat urus dengan lebih 200 peneroka tanah haram di Setiu yang menanam kelapa sawit, mereka bersetuju dengan cadangan kita untuk tanah itu dipajak kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan dan apabila mencapai umur 25 tahun matang kelapa sawit, tanah itu akan menjadi milik kerajaan negeri semula,” katanya kepada pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, di sini hari ini.

Terdahulu, dalam sesi soal jawab lisan, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman (BN-Seberang Takir) dan Datuk Rozi Mamat (BN-Telemong) telah membangkitkan isu kenaikan harga yang masih berlaku dan kemajuan dalam bidang pertanian serta tindakan yang diambil kerajaan negeri untuk mengatasinya.

Mengulas lanjut, Dr. Azman berkata, sebanyak 6,000 hektar tanah milik kerajaan negeri yang telah diteroka secara haram dengan lokasi terbanyak ialah di Setiu dan Dungun.

“Namun, buat permulaan, kita jadikan Setiu sebagai projek perintis untuk diberi kelulusan sementara kepada peneroka itu dengan LMS (Lesen Menduduki Sementara).

“Pada masa sama, kerajaan menyediakan pelbagai bantuan perkhidmatan pengembangan seperti khidmat nasihat teknikal dan kursus kemahiran serta bantuan tabung bencana untuk golongan petani, penternak dan nelayan.

“Sepanjang pelaksanaan Tahun Pertanian Terengganu 2021, kita telah melaksanakan sebanyak 93 program dan menyiapkan 45 projek demi untuk mencapai matlamat besar mempertingkatkan ekonomi penduduk dan menyelesaikan isu kenaikan harga barangan yang menghimpit rakyat. 

“Seramai 13,702 orang golongan sasar telah menerima manfaat langsung dari program-program ini dan untuk tahun 2022, sektor pertanian ada 129 program dan 35 projek yang memberi impak kepada rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya