30 Ahli Parlimen BN dititah menghadap Agong esok - Utusan Malaysia

30 Ahli Parlimen BN dititah menghadap Agong esok

PN dan PH perlu sentiasa meletakkan kepentingan rakyat dan pembangunan negara sebagai agenda utama.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dititah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, esok pagi.

Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, sesi menghadap itu dijadualkan berlangsung pada pukul 10.30 pagi.

“Proses ini bertujuan supaya Yang di-Pertuan Agong dapat membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Seri Paduka, mungkin mendapat kepercayaan majoriti sebagai Perdana Menteri. Ini selaras dengan peruntukan Perlembagaan di bawah Perkara 43 (2)(a),” katanya.

Beliau berkata, sesi menghadap bagi pihak BN itu merupakan lanjutan daripada sesi menghadap ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yang berlangsung petang tadi.

Dalam pada itu, Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka menyeru supaya rakyat bersabar sementara menantikan proses pembentukan kerajaan baharu pasca PRU15.

“Seri Paduka turut menyeru rakyat untuk bersama mendoakan semoga proses tersebut dipermudahkan, serta berjalan lancar demi kepentingan tanah air tercinta.

“Seri Paduka mengajak rakyat bersama mendoakan agar negara dan rakyat sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya