3 bandar baharu rancakkan pembangunan Kelantan

3 bandar baharu rancakkan pembangunan Kelantan

MOHD. Amar Nik Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pembukaan tiga bandar baharu dilihat mampu menjadi pemangkin dalam usaha merancakkan lagi pembangunan wilayah di negeri ini pada masa hadapan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pembangunan itu melibatkan Bandar Sejahtera iaitu Madinah As-Salam (Kampung Tiong, Kota Bharu) dan Taman Perindustrian Sistem Binaan Berindustri (IBS) di Sungai Bagan, Machang.

Menurutnya, pada masa yang sama kerajaan sedang meneliti aspek teknikal bagi membangunkan sebuah lagi bandar baharu di Gua Musang dikenali sebagai Bandar Datuk Bentara.

“Kita juga akan bangunkan sebuah bandar industri di kawasan Tok Bali, Pasir Puteh. Selain itu kita turut memperoleh beberapa projek besar iaitu pembinaan ladang solar terapung terbesar di Asia Tenggara melibatkan pelaburan RM500 juta,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Penggal Kelima kali ke-14 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor itu memberitahu, kerajaan sudah merangka perancangan untuk membangunkan wilayah Kelantan Selatan sebagaimana yang telah disebut sebelum ini iaitu Bandar Perabot di Gua Musang.

“Kerajaan negeri sebelum ini juga telah mengisytiharkan Gua Musang sebagai Gerbang Ilmu Wilayah Selatan dan kita akan bina sebuah Maahad Tahfiz berasrama penuh selain perancangan lain. Jika semua ini berjalan kita akan melihat pertambahan kemajuan dan pembangunan di Hulu Kelantan.

“Selain itu, kerajaan turut membuat perancangan pembangunan iaitu dengan menaik taraf pusat pentadbiran baharu seperti di Tumpat, Machang termasuklah Kuala Krai dengan lebih moden. Pada masa sama ia akan membuka lebih banyak kemajuan dan peluang pekerjaan,” katanya menjawab soalan tambahan  ADUN Guchil, Hilmi Abdullah berkait pembangunan di Kuala Krai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.