11,000 pelajar UniSZA balik mengundi

11,000 pelajar UniSZA balik mengundi

DR. Mohd. Hafiz Yusoff (kanan) beramah mesra dengan para atlet dalam Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sukan UniSZA 2022, Kuala Nerus, semalam. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Hampir 11,000 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan pulang ke kampung hari ini bagi menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Sabtu ini.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniSZA, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Hafiz Yusoff, sebahagian besar daripada jumlah pelajar itu adalah pengundi kali pertama.

Menurutnya, UniSZA menyokong inisiatif Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam memberi peluang kepada pelajar memainkan peranan memilih kerajaan.

“Seperti diarahkan KPT, mahasiswa dan mahasiswi kami akan bercuti lima hari bermula Khamis sehingga Isnin sebelum kembali ke kampus untuk menyambung kuliah pada Selasa.

“Menerusi tinjauan terhadap 13,000 pelajar UniSZA, dianggarkan hampir 11,000 akan balik mengundi bermula malam esok kecuali pelajar dari Sabah dan Sarawak.

“Mereka dilihat sangat teruja dan selari dengan kebenaran untuk pelajar berpolitik dan Undi18, UniSZA memberi peluang mereka mencorak masa depan negara dengan matang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sukan UniSZA 2022 di sini, hari ini.

Seramai  77 pelajar dan kakitangan universiti yang mewakili negeri dan negara dalam kejohanan sukan tahun ini diraikan pada majlis itu.

Atlet memanah negara, Iman Aisyah Norazam, menerima insentif terbanyak iaitu RM5,400 selepas membidik satu pingat emas dan dua perak pada Sukan Universiti Asean (AUG) di Thailand.

Iman Aisyah yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan itu berkata, anugerah berkenaan menjadi tonik terbaik bagi mengekalkan prestasi menjelang Sukan SEA dan Sukan Universiti Dunia 2023.

“Walaupun memenangi pingat gangsa Sukan SEA Vietnam tahun ini, saya tidak menganggap slot ke skuad kebangsaan sudah terjamin sebaliknya perlu terus bekerja keras untuk terpilih,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya