Zed Zaidi tidak serik bersuara demi rakyat - Utusan Malaysia

Zed Zaidi tidak serik bersuara demi rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Bila buat saya begitu, saya lagi nak lawan”

Ketegasan itu diungkapkan Presiden Seniman, Zed Zaidi yang menyatakan kesediaannya untuk terus bersuara tentang isu penggiat seni dan rakyat, meskipun pernah disumbat ke dalam lokap ketika berdepan tuduhan menyebarkan berita palsu, dua tahun lalu.

Kata Zed, pengalaman tersebut tidak membuat beliau serik, malah akan terus tampil bersuara untuk masyarakat.

“Saya tahu orang tak suka saya kerana cakap perkara yang betul.

“Saya tidak serik, malah akan terus lantang memperjuangkan isu melibatkan penggiat seni dan masyarakat.

“Pengalaman (didakwa) menjadi pembakar semangat untuk menjadi manusia lebih baik yang berjuang untuk rakyat,” katanya ketika ditemui wartawan sempena pelancaran ruang acara penganjuran majlis, Astana Event Lounge di One City, Subang Jaya di sini, hari ini.

Zed pada Januari 2020 didakwa menggunakan akaun Twitter rozaidijamil dengan niat menyebabkan kegentaran awam, justeru dikhuatiri mendorong mana-mana individu lain mencetuskan gangguan terhadap ketenteraman awam.

Pelakon tersebut didakwa berkongsi berita palsu berbunyi: Breaking News: All countries except Malaysia – All countries has banned Chinese tourist except Malaysia yang dimuat naik menerusi akaun Facebook dan Twitternya.

Beliau dituduh melakukan kesalahan tersebut pada 12.51 tengah hari, 27 Januari 2020 dan dikesan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Cyberjaya pada 10.30 pagi, 29 Januari 2020.

Zed atau nama sebenar, Rozaidi Abdul Jamil, 42, bagaimanapun memaklumkan, beliau telah dibebaskan daripada dakwaan tersebut sekitar September 2020.

“Saya bersyukur, keputusan mahkamah berpihak kepada saya. Cuma, ia tidak dihebohkan kerana ketika itu negara berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Apa yang berlaku adalah berunsurkan politik dan cuba menjatuh imej saya sebagai presiden Seniman.

“Saya ingin berterima kasih kepada lima peguam dilanttik yang bertungkus lumus memperjuangkan keadilan untuk saya,” ujarnya.

Dalam perkongsian yang sama, Zed sempat menceritakan pengalaman ditahan dalam lokap selama tujuh jam sementara menunggu untuk diikat jamin.

“Saya dimasukkan ke dalam di lokap di Mahkamah Sesyen dan Majisret Sepang bersama-sama empat individu yang didakwa di bawah akta yang sama.

“Pengalaman tersebut sangat berharga untuk saya,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.