Wetrom bertemu Peter Anthony untuk sertai KDM?

Wetrom bertemu Peter Anthony untuk sertai KDM?

GAMBAR Wetrom Bahanda (kanan) bertemu Peter Anthony (kiri) yang tular dalam media sosial hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Selepas menyatakan hasrat menyertai Parti Warisan (Warisan) pada Ahad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau, Datuk Wetrom Bahanda dilihat masih tercari-cari parti yang ingin disertainya.

Hari ini, gambar menunjukkan Wetrom bertemu Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony mula tular dalam media sosial.

Tindakan Wetrom yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri itu menimbulkan spekulasi bahawa beliau seolah-olah ingin menyertai parti KDM walaupun sebelum ini beliau telah bertemu dengan Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Walau bagaimanapun, setelah lima hari keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wetrom belum membuat sebarang pengumuman rasmi bahawa beliau telah keluar parti dan ingin menyertai parti lain.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menyatakan Wetrom keluar parti kerana ingin bertanding kerusi Parlimen Kota Marudu.

Semasa pertemuan bersama Mohd. Shafie pada Ahad, Presiden Warisan itu menyatakan beliau mengalu-alukan penyertaan Wetrom namun, tidak ada jaminan Warisan akan menjadikannya sebagai calon kerusi Kota Marudu.

Sumber dalaman KDM memaklumkan Wetrom telah mengemukakan permohonan menyertai parti tersebut namun ia belum dimuktamadkan kerana Warisan juga menyatakan Wetrom ingin menyertai parti itu.

Pada Ahad, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili untuk mempertahankan kerusi tradisi Parti Bersatu Sabah (PBS) di kerusi Parlimen Kota Marudu itu.

Semalam, Hajiji menyatakan beliau tidak pasti jika Wetrom sudah keluar Bersatu kerana setakat ini belum ada pengumuman rasmi yang dibuat.

Kerusi Parlimen Kota Marudu mula dimenangi oleh Maximus sejak 2004 hingga sekarang. Kerusi parlimen itu tidak pernah jatuh ke tangan parti lain.

Kini, PBS bernaung di bawah GRS yang turut dianggotai oleh Bersatu, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya