Wanita jadi ‘tokan’ dadah ditahan

Wanita jadi ‘tokan’ dadah diberkas

MOHD. ZAID HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan seorang wanita terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah memakan diri apabila dia diberkas polis di Seksyen 5, Semenyih, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu, suspek berusia lingkungan 20-an ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di kawasan parkir. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pemeriksaan dalam kenderaan dipandu wanita itu menemukan dua paket dadah jenis heroin dan syabu bernilai kira-kira RM5,150.

“Suspek yang memiliki rekod lampau kes dadah itu telah dibawa ke BSJN IPD Kajang dan saringan ujian air kencing didapati positif dadah.

“Dipercayai wanita itu terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti sumber dadah itu diperolehi selain individu lain yang terlibat dengan suspek.

Katanya, suspek kini direman lima hari sehingga Ahad untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

“Orang awam diminta untuk bekerjasama dalam menyalurkan maklumat kepada pihak IPD Kajang di talian 03-89114222 berkaitan sebarang dadah atau jenayah di dalam daerah ini khususnya,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.