UTM struktur semula entiti akademik

UTM struktur semula entiti akademik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melaksanakan penstrukturan semula entiti akademik bertujuan untuk memastikan kelestarian bidang tujahan universiti berkenaan berkuat kuasa hari ini.

Pejabat Strategi dan Hal Ehwal Korporat UTM dalam satu kenyataan memberitahu, penstukturan itu melibatkan dua entiti utama, iaitu Fakulti Kejuruteraan dan Azman Hashim International Business School.

“Kelestarian bidang ini adalah untuk memastikan keutuhan kepakaran universiti mampu membangun graduan yang holistik dan mampu mensejahterakan kehidupan menerusi ilmu dan inovasi teknologi.

“Pada masa yang sama, penstrukturan ini menyokong Pelan Strategik enVision UTM 2025.

“Penstrukturan semula entiti akademik baharu ini juga tidak akan menjejaskan pelaksanaan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mahupun aktiviti penyelidikan pelajar,” jelas kenyataan tersebut.

UTM juga optimis penstrukturan itu akan memposisikan universiti berkenaan sebagai institusi unggul dan tersohor berteraskan sains, teknologi dan kejuruteraan di peringkat global.

“Penstrukturan semula fakulti kejuruteraan melibatkan Sekolah Kejuruteraan Awam (SKA) yang kini dikenali sebagai Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA); Sekolah Kejuruteraan Mekanikal (SKM) kini Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) dan Sekolah Kejuruteraan Elektrik (SKE) kini Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE).

“Turut terlibat, Sekolah Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga (SKT) kini Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga (FKT); Sekolah Komputeran (SK) kini Fakulti Komputeran (FK); manakala Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan (SKBSK) distruktur semula sebagai sebuah jabatan di bawah Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE).

“Bagi penstrukturan semula Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS) dan Penubuhan Fakulti Pengurusan UTM pula, ia melibatkan Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS KL), UTM Kuala Lumpur (kekal).

“Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS JB) di UTM Johor Bahru pula kini dikenali sebagai Fakulti Pengurusan (FP).

“Bermula hari ini, senarai penuh Fakulti di UTM di Johor Bahru adalah Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA); Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM); Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE); Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga (FKT); Fakulti Komputeran (FC); Fakulti Sains (FS); Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK); Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) serta Fakulti Pengurusan (FP).

“Bagi senarai penuh fakulti di UTM Kuala Lumpur pula ialah Fakulti Teknologi dan Informatik Razak (FTIR); Malaysian-Japan International Institute of Technology (MJIIT) dan Azman Hashim International Business School (AHIBS),” tambah kenyataan itu.- UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya