UMNO pecat Timbalan Ketua Bahagian Tanah Merah

UMNO pecat Timbalan Ketua Bahagian Tanah Merah

AHMAD Jazlan Yaakub ketika berucap dalam majlis perasmian Gabungan Silaturahim Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Malaysia di Kampung Jenereh Bongkok, Pulai Chondong, Machang, Kelantan, hari ini. - FOTO/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang bersidang pada September sebulat suara memecat Timbalan Ketua Bahagian Tanah Merah berkuat kuasa serta-merta.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata,  pemecatan itu dibuat berdasarkan kegagalan individu berkenaan mengikuti ketetapan dan disifatkan sebagai pengkhianat parti.

Menurutnya, apa yang penting dalam sesebuah organisasi adalah kesetiaan dan kepatuhan kepada parti.

“Mereka yang mengkhianat parti ini tidak kira pemimpin besar atau pemimpin kecil perlu dipecat kerana kita bimbang akan berlaku kemudaratan yang lebih besar kepada parti.

“Jadi, pemecatan ini disifatkan pengkhianat parti dan setakat ini bahagian Tanah Merah masih lagi digantung,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Gabungan Silaturahim Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Malaysia di Kampung Jenereh Bongkok, Pulai Chondong, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Jazlan yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, pihaknya sudah membentuk satu jawatankuasa khas bagi menyiasat tuduhan dan laporan berkaitan salah laku ahli-ahli UMNO.

Katanya, proses pemutihan ini tidak akan terhenti dan akan berterusan bagi mencegah berlakunya pengkhianatan dalam parti.

“Kita tidak akan menerima tuduhan secara melulu kerana mahu berlaku adil dalam soal ini.

“Oleh itu, setiap kali ada kes dan laporan berkaitan salah laku ahli-ahli UMNO, kita akan mengarahkan jawatankuasa khas ini untuk menyiasat terlebih dahulu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya