Tommy Thomas: Siasat AGC diguna instrumen balas dendam politik - Khaled - Utusan Malaysia

Tommy Thomas: Siasat AGC diguna instrumen balas dendam politik – Khaled

tommy thomas
TOMMY THOMAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pihak berkuasa perlu menyiasat sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) dipergunakan sebagai instrumen balas dendam politik susulan tindakan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tom­my Thomas melalui bukunya ‘My Story: Justice In The Wilderness’.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, AGC juga perlu memberi penjelasan sama ada mahu mengambil tindakan sewajarnya terhadap bekas Peguam Negara itu atau sebaliknya.

Beliau berkata, ini kerana rakyat Malaysia sudah pasti ingin mengetahui kebenaran berhubung laporan siasatan ke atas dakwaan-dakwaan buku tulisan Tommy yang dinyahsulit sebelum ini.

“Saya tertarik baca penulisan Minda Pengarang Utusan Malaysia mengenai isu mantan AG, Tommy Thomas.

“Rakyat Malaysia pasti ingin tahu kebenaran dan adakah Jabatan Peguam Negara sekarang akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap bos lama mereka.

“Patut juga disiasat sama ada pejabat AG diperalatkan menjadi instrumen balas dendam politik oleh kerajaan ketika itu. Keadilan mesti dicapai tak kira siapa yang terlibat,” katanya dalam hantaran di Instagram hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Zulkifli Jalil dalam  ruangan Minda Pengarang hari ini menyifatkan pendedahan pasukan penyiasat terhadap buku tulisan Tommy yang mendapati banyak salah laku itu amat mengejutkan.

Sehubungan itu katanya, Tommy perlu melalui pengamatan dan proses undang-undang kerana perbuatan beliau mendedahkan perkara sensitif dalam bukunya itu belum pernah terjadi sebelumnya.

Sabtu lepas, Utusan Malaysia melaporkan, Pasukan Petugas Khas menyenaraikan sembilan ele­men kemungkinan salah laku Tommy dalam buku tulisan beliau yang bertajuk My Story: Justice In The Wilderness.

Antaranya campur tangan Tom­my dalam melantik hakim-hakim, membocorkan rahsia ke­­rajaan, menyalahguna kuasa melantik peguam luar untuk me­wakili kerajaan sehingga mencemarkan imej badan kehakiman.

Selain itu, Tommy turut tidak patuh dengan peraturan dan pe­­keliling kerajaan berhubung isu penjualan kapal Equanimity dan melakukan kecuaian profesional dalam isu membabitkan tuntutan tanah di Tanjung Bu­ngah, Pulau Pinang.

Bekas Peguam Negara era Pa­katan Harapan (PH) itu turut dikesan melakukan pecah amanah apabila beliau mendedahkan per­bualan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu Perdana Menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN