Tiga pengsan dalam kebocoron gas

Tiga pengsan dalam kebocoron gas

ANGGOTA bomba melakukan pemeriksaan dalam kejadian kebocoran gas di sebuah premis makanan segera di Pandan Jaya, Selangor pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga individu termasuk pegawai Kementerian Kesihatan dilaporkan pengsan dalam kejadian kebocoran gas bahan kimia di sebuah restoran makanan segera di Pandan Jaya di sini pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan pukul 9.55 pagi tadi dan sepasukan bomba bergegas dan tiba ke lokasi kira-kira 10.02 pagi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa   melibatkan dua wanita pekerja restoran tersebut serta seorang lelaki pegawai Kementerian Kesihatan yang masuk ke premis bagi memberikan bantuan kepada mereka.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan, BBP Shah Alam dan BBP Tun Razak dikejarkan ke lokasi kejadian. 

“Terdapat tiga mangsa pengsan dan pihak bomba sedang mengawal keadaan dengan tidak membenarkan mana-mana orang memasuki restoran tersebut.

“Mangsa telah dibawa ke hospital berdekatan menaiki ambulans pihak Kementerian Kesihatan,  ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, identiti kesemua mangsa belum dapat dipastikan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN