Suspek kes bunuh Datin berjaya ditahan

Suspek kes bunuh Datin berjaya ditahan

NANDA MAAROF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Suspek utama yang terlibat dalam kejadian seorang wanita bergelar Datin yang ditemukan mati akibat dibunuh di rumahnya di Taman Paroi Jaya di sini, 23 September lalu berjaya ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, suspek lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di pondok tepi jalan Batu 4 Jalan Port Dickson – Teluk Kemang, Port Dickson pada pukul 1 tengah hari, Sabtu lalu.

“Polis telah berjaya menangkap suspek yang disyaki terlibat dalam kes bunuh seorang wanita di Taman Paroi Jaya, Seremban. Barang kemas milik mangsa juga telah dirampas dari lelaki berkenaan.

“Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah telah dipohon di Mahkamah Majistret Seremban bagi tujuan siasatan sehingga 14 Oktober depan,” katanya.

Jelas Nanda, dengan tertangkapnya suspek berkenaan, pihak polis percaya dapat menyelesaikan kes bunuh di Taman Paroi Jaya itu.

“Pihak polis mengucapkan ribuan terima kasih di atas maklumat yang diberikan oleh orang ramai sehingga tertangkapnya suspek,” katanya.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan melaporkan seorang wanita warga emas bergelar datin berusia 75 tahun ditemui mati akibat dibunuh selepas berlaku pergelutan dengan penjenayah di rumahnya di Taman Paroi Jaya di sini, 23 September lalu.

Kejadian pada pukul 8.25 malam itu berlaku ketika Datin Noraida Nordin, 75, tinggal bersama suaminya yang merupakan bekas ahli perniagaan bergelar Datuk, namun berdepan masalah penglihatan akibat penyakit glukamo. 

Siasatan mendapati teedapat kesan kecederaan pada anggota badan mangsa. –UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN