Suami hilang, isteri keguguran

Suami hilang, isteri keguguran

AZRULNIZAM Mohamed Rashid, 47, yang hilang sejak 20 Oktober lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang wanita mengalami keguguran anak pertama selepas tertekan apabila suaminya yang keluar bekerja sejak 20 Oktober lalu hilang tanpa khabar berita.

Ziela Shafina, Resely, 35, mengalami keguguran selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke rumah ibu mentuanya di Pekan, Pahang untuk mencari suaminya, Azrulnizam Mohamed Rashid, 47.

Adik angkat pasangan itu, Khairulnajiha Fadjar Marta, 26, berkata, lelaki itu gagal dihubungi dan kali terakhir berhubung dengan Ziela Shafina pada 21 Oktober lalu yang memaklumkan akan pulang ke rumah di Seremban.

“Abang keluar bekerja pada malam 20 Oktober lalu sebagai polis bantuan di sebuah bank di bandar Seremban dengan menaiki motosikal jenis Modenas Kriss nombor pendaftaran CEF 5630.

“Bagaimanapun, rakan sekerjanya memaklumkan abang keluar dari tempat kerja kira-kira pukul 1 pagi dan tidak kembali. Kali terakhir kakak (Ziela Shafina) menghubungi abang kira-kira pukul
6 petang, 21 Oktober lalu dan memaklumkan dia berada di rumah ibunya di Pekan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Khairulnajiha berkata, selepas itu Azrulnizam gagal dihubungi, malah telefon bimbitnya juga ditutup sebelum memutuskan untuk ke rumah ibu mentua kakaknya di Pekan, Pahang pada pukul 12.30 tengah malam hari yang sama.

“Ketika dalam perjalanan kami terlibat kemalangan dengan seekor lembu di kawasan gelap, dengan keadaan kereta yang rosak, kami tetap meneruskan perjalanan.

“Ketika berada di Pekan, Pahang, ibu mentua kakak memaklumkan abang sudah pulang ke Seremban sebelum kami bertolak pulang semula ke sini,” katanya.

Menurut Khairulnajiha, lebih menyedihkan keesokan harinya kakak mengalami pendarahan ketika mandi dan disahkan mengalami keguguran.

“Kakak saya sudah buntu untuk mencari abang dan menanti kepulangannya, malah dengan keadaannya yang baru mengalami keguguran, dia memerlukan sokongan moral daripada lelaki itu memandangkan itu adalah anak pertama mereka.

“Saya merayu kepada semua pihak termasuk keluarga sebelah abang supaya memaklumkan keadaannya. Kami tidak tahu apa yang berlaku kepadanya,” katanya.

Jelas Khairulnajiha, mereka sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan abangnya itu dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Azrulnizam supaya menghubunginya di talian 018-3144686. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya