Seni karate elak jadi mangsa buli

Seni karate elak jadi mangsa buli

JUARA untuk kategori kata, Muhammad Imaan Nawfal, pingat perak, Rizq Thaqif dan pingat gangsa, Muhammad Aisy Hafiy
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kebanyakan pelajar yang menyertai pasukan seperti karate bukan sahaja dapat mempertahankan diri, tetapi juga dapat mengelakkan diri daripada mangsa buli. 

Ia berikutan sebanyak 42 kes buli dilaporkan berlaku di sekolah sekitar tahun ini sehingga Julai, meningkat berbanding hanya dua kes sepanjang tahun lalu.

Penganjur Kejohanan Kick Start Self Defense, Firdaus Tajuddin berkata, dengan teknik mempelajari melawan dan mempertahankan diri, mereka yang terbabit dalam kelab seni mempertahankan diri boleh mengurangkan risiko terdedah sebagai mangsa buli. 

Malah jelas Firdaus lagi, ia boleh diajar seawal umur enam tahun sebagai langkah awal, sekali gus boleh mempelajari asas seni pertahankan diri sehingga ke peringkat seterusnya. 

“Benar, ia sangat penting. Karate dapat mendapatkan membantu membina karakter yang baik untuk anak-anak muda, memandangkan ada beberapa kes buli di sekolah, adalah penting untuk kanak-kanak belajar mempertahankan diri,” katanya pada program Kejohanan interdojo karate bawah 18 tahun di Cyberjaya, semalam.

Menurut Firdaus, ia merupakan program kali pertama dianjurkkan dengan pembabitan 150 peserta berumur antara enam sehingga 18 tahun daripada kelab karate sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. 

Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut peringkat umur dan bersaing dalam acara dua kategori, iaitu individu dan berpasukan. 

Tambahnya, kejohanan seperti ini antara lain mampu menguji kemahiran peserta mengikut latihan secara bulanan. 

“Saya harap agar anak-anak muda boleh belajar Karate untuk mengamalkan sifat berdisplin, saling hormat menghormati dan bersungguh sungguh berjaya,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN