Sasar 5,000 pelancong cerap burung

Sasar 5,000 pelancong cerap burung

ISKANDAR Mirza Mohd. Yusof (dua dari kanan) melancarkan E-Risalah Minat Khas 'Birdwatching Paradise Malaysia' di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU : Tourism Malaysia menyasarkan kehadiran seramai 5,000 orang pelancong di 55 lokasi aktiviti mencerap burung di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak pada tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd. Yusof berkata,  pihaknya berharap lebih banyak pakej birdwatching baharu ditawarkan penggiat pelancongan di lokasi tersebut bagi menarik lebih ramai pengunjung.

Menurutnya, pasaran pelancong tersebut melibatkan penggemar aktiviti mencerap burung dari United Kinngdom, Taiwan, Thailand, Jepun serta Singapura

“Dua daripada lokasi mencerap burung atau birdwatcing di Terengganu terletak di Tasik Kenyir dan Setiu Wetlands,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran E-Risalah Minat Khas Birdwatching Paradise Malaysia di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir di sini, hari ini.

Iskandar Mirza memberitahu, pihaknya juga giat menjalankan pelbagai promosi termasuk mengedarkan e-Risalah Birdwatching Paradise Malaysia bagi menarik kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara.

“Pada 2019, Malaysia merekodkan ketibaan 3,150 pemerhati burung dari dalam  dan luar negara dengan pulangan pendapatan sebanyak RM20.3 juta kepada negara,” ujarnya.

Beliau menambah, Malaysia memiliki hampir 4.5 juta hektar (ha) kawasan yang dikategorikan sebagai lokasi Important Bird Areas and Biodiversity (IBA) oleh BirdLife International, justeru ia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memberi pulangan ekonomi kepada rakyat dan negara.

“Pahang, Sarawak, Sabah dan Perak antara negeri yang mencatat IBA tertinggi. Manfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada untuk majukan agenda pelancongan di negeri masing-masing,” katanya.

Selain itu, tambahnya,  e-risalah berkenan merupakan satu lagi usaha digerakkan Tourism Malaysia bagi merancakkan semula aktiviti pemasaran dan promosi pelancongan melibatkan segmen pemerhatian burung.

“Melalui risalah ini, penggemar burung  boleh ketahui senarai lokasi dan kepelbagaian spesies yang terdapat di Malaysia. Mereka juga boleh dapatkan panduan untuk aktiviti pemerhatian burung selain senarai pengendali pelancongan yang tawarkan pakej-pakej birdwatching.

“Berdasarkan  statistik Persatuan Ekopelancongan dan Konservasai Malaysia (Ecomy), Malaysia merekodkan ketibaan seramai 3,150 pemerhati burung dari dalam dan luar negara dengan purata bilangan hari menginap minimum selama enam hari,” katanya.

Tambahnya, pemerhati burung  membawa kepada pulangan pendapatan sebanyak RM20.3 juta pada tahun 2019 dan berdasarkan trend  tempoh kadar penginapan sebenarnya berpotensi untuk dilanjutkan sehingga 13 dan 14 hari. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya