Remaja maut, kereta terbabas langgar pembahagi jalan

Remaja maut, kereta terbabas langgar pembahagi jalan

KEADAAN kereta mangsa yang remuk selepas melanggar pembahagi jalan di Kilometer 23, Lebuhraya Utara-Selatan, arah Selatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Seorang remaja 19 tahun maut apabila kereta Perodua Myvi dipandunya terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di Kilometer 23 Lebuhraya Utara-Selatan, arah Selatan, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa, Nur Helmi Rafiee meninggal dunia di tempat kejadian.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Asmiza Zaini berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian itu pada pukul 5.13 pagi.

Seramai tujuh anggota dengan jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa yang tidak tersepit itu telah dikeluarkan pihak bomba. Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. 

Operasi ditamatkan pada pukul 6.24 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN