PRU15: Terserah Tun M mahu berkawan dengan sesiapa - PM

PRU15: Terserah Tun M mahu berkawan dengan sesiapa – PM

ISMAIL SABRI Yaakob menyampaikan sumbangan kepada wakil penerima pada majlis penyampaian sumbangan Perdana Menteri dan penyerahan komputer #thetaCares di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di Bera, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terserah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk berkawan dengan sesiapa bagi bekerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini. 

Perdana Menteri berkata, itu hak Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) sama ada mahu berkawan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau DAP. 

“Mahathir hendak berkawan dengan sesiapa terserah kepadanya, hendak kawan dengan Anwar ke, DAP ke, terserah kepadanya. 

“Sebelum ini pun mereka pernah berkawan,” katanya ketika ditemui pemberita dalam majlis Penyampaian Sumbangan Perdana Menteri dan Penyerahan Komputer #thetaCares di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bersedia untuk bertemu Anwar bagi mengadakan rundingan kerjasama menghadapi PRU15.

Bekas Perdana Menteri itu dipetik berkata, jika perlu memulakan langkah untuk bertemu Anwar, beliau bersedia berbuat demikian demi mengalahkan kejahatan yang sangat merosakkan negara.

Semalam, Anwar dilaporkan sebagai berkata, beliau tidak mempunyai masalah untuk bertemu dan berbincang dengan Dr. Mahathir tentang kerjasama politik menghadapi PRU15.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, perkara yang ditekankan adalah kepentingan melawan Perikatan Nasional (PN) atau Barisan Nasional (BN). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN