PRU15: Shahidan, Zahidi gugur? Azlan pertahan Bintong? - Utusan Malaysia

PRU15: Shahidan, Zahidi gugur? Azlan pertahan Bintong?

SHAHIDAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Selepas empat penggal menguasai kerusi Parlimen Arau, nama Datuk Seri Shahidan Kassim dikatakan gugur sebagai calon Parlimen berkenaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Selain Shahidan, seorang lagi pemimpin ‘otai’ Datuk Zahidi Zainul Abidin juga dikatakan tidak terpilih mempertahan kerusi Parlimen Padang Besar.

Menurut sumber, calon muka baharu dalam kalangan pemimpin pemuda dikatakan akan dipertaruhkan di Parlimen Arau dan calon wanita di Parlimen Padang Besar.

“Setakat ini, ‘confirm’ gugur (Shahidan, Zahidi) dan apa pun kena tunggu pengumuman rasmi jika ada perubahan ada sebaliknya. Calon mungkin diumumkan esok,” katanya.

Shahidan yang sudah lebih 30 tahun dalam politik menguasai Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum 1986, 1990, 2013 dan 2018 selain pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar dari 1995 hingga 2008.

Setiap kali PRU sejak 1986, sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), Shahidan tidak pernah tewas termasuk ketika berdepan dua Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din (bekas) dan Datuk Hashim Jasin iaitu pada 2004 (DUN Tambun Tulang), 2013 (Parlimen Arau) dan 2018 (Parlimen Arau).

Zahidi yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Besar pula menguasai Parlimen Padang Besar sejak dua penggal iaitu pada Pilihan Raya Umum 2013 dan 2018. Sebelum itu, pada pilihan raya umum 1999 dan 2004, Zahidi menjadi penyandang DUN Beseri.

Sebelum ini, Shahidan yang juga Ketua UMNO Bahagian Arau memberi ingatan kepada pucuk pimpinan agar tidak memperjudi kerusi boleh menang termasuk Parlimen Arau dengan meletakkan calon sembarangan.

Shahidan dilaporkan berkata, PRU15 sangat penting dalam menentukan pembentukan kerajaan dan setiap kerusi Parlimen sangat berharga.

Sementara itu, sumber memaklumkan, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dikatakan akan mengekalkan kerusi DUN Bintong dalam PRU15.

Dalam pada itu, kata sumber tersebut, nama lain seperti Datuk Ismail Kassim juga dikatakan gugur dengan muka baharu akan diketengahkan di DUN Tambun Tulang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya