PRU15: Hadi pertahan Parlimen Marang

PRU15: Hadi pertahan Parlimen Marang

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas mengesahkan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan mempertahan kerusi Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Pengesahan yang dibuat oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan itu sekali gus melenyapkan terus spekulasi mengatakan Abdul Hadi dijangka tidak akan bertanding pada pilihan raya tahun ini.

“Saya tidak tahu pun ada desas-desus yang mengatakan beliau (Abdul Hadi) tidak akan bertanding pada pilihan raya kali ini. Hari ini baru saya dengar hal itu.

“Saya boleh mengesahkan di sini bahawa beliau akan mempertahan kerusi disandangnya pada PRU15 nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemerkasaan Ekopelancongan Sumber Asli di sebuah resort di Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini malam tadi.

TAKIYUDDIN Hassan (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan yang diadakan sempena Seminar Pemerkasaan Ekopelancongan Sumber Asli di Kota Bharu, Kelantan. – UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED

Pada PRU lalu, Abdul Hadi menang di Parlimen Marang dengan meraih 53,749 undi menewaskan dua pencabarnya dari Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam pada itu, Takiyuddin turut menafikan dakwaan berlaku protes di Parlimen Tumpat susulan penyandangnya, Datuk Che Abdullah Mat Nawi mungkin digugurkan daripada senarai calon Pas untuk PRU15.

Katanya, Pas mengadakan musyawarah dalam kalangan ahli termasuk jentera pilihan raya dan setakat ini tiada sebarang masalah.

“Rasa tidak puas hati dalam satu-satu kumpulan mungkin ada tetapi apabila pihak pimpinan parti membuat keputusan ia diterima oleh semua ahli,” jelasnya.

Sementara itu, penyandang kerusi Parlimen Kota Bharu itu berkata, jumlah kerusi yang akan ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada PRU15 masih belum diputuskan.

“Belum pasti sebab kita juga ada Sabah dan Sarawak. Namun kita tidak bertanding di semua 31 kerusi di Sarawak. Di Sabah, kita bertanding di 25 kerusi melalui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetapi belum diputuskan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya