PRU15 awal tidak hormat sensitiviti perayaan Deepavali

PRU15 awal tidak hormat sensitiviti perayaan Deepavali

ANTHONY Loke Siew Fook berucap pada Konvensyen DAP Perak di Ipoh hari ini. - FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dijangka diadakan lebih awal disifatkan tidak menghormati sambutan perayaan kaum terutama perayaan Deepavali yang akan disambut tidak lama lagi.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, jika Parlimen dibubarkan pada bulan ini, bermakna PRU-15 akan diadakan ketika masyarakat India hendak menyambut Deepavali.

Menurutnya, jika PRU15 dilangsung pada bulan Januari pula, ketika itu masyarakat Cina akan menyambut Tahun Baharu Cina dan jika pada bulan April, masyarakat Islam akan menyambut Hari Raya.

“Kalau Parlimen dibubarkan pada bulan ini, ini tidak menghormati kaum India yang akan menyambut perayaan Deepavali. Adakah hendak bubar Parlimen sebelum sambutan Deepavali?

“Pemilihan tarikh pilihan raya perlu ada sensitiviti terhadap setiap kaum yang menyambut perayaan. Macam di Sabah dan Sarawak, takkan hendak buat pilihan raya negeri semasa perayaan Gawai, ini tak pernah berlaku.

“Jadi kalau hendak bubar Parlimen pada bulan ini, perayaan Deepavali sudah hampir. Bulan Januari pula sambutan Tahun Baharu Cina, bulan April pula hari raya.

“Disember perayaan Krismas, tapi biasanya Disember tidaklah (diadakan PRU15),” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen DAP Perak, di sini hari ini.

Sementara itu, mengenai perbelanjaan dalam urusan pilihan raya akan meningkat sekiranya pilihan raya umum dan pilihan raya negeri diadakan pada tarikh berasingan, Anthony Loke berkata, untuk jimatkan kos, Parlimen patut dibubarkan serentak dengan Dewan Undangan Negeri iaitu pada akhir penggal.

“Kalau dibubarkan pada akhir tempoh Parlimen dan juga DUN, semua DUN perlu dibubarkan kecuali Johor, Melaka, Sabah dan Sarawak, jadi sembilan DUN perlu dibubarkan secara serentak dan pilihan raya semua negeri tersebut.

“Jadi cara yang paling baik untuk menjimatkan kos pilihan raya ialah tunggu sampai akhir penggal sebab kita sudah katakan mengapa kita nak tunggu sampai akhir penggal sebab sekarang musim tengkujuh, tinggal beberapa bulan saja lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.