PN, BN yakin anak muda bersama mereka

PN, BN yakin anak muda bersama mereka

Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) yakin anak muda akan bersama mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) dan UMNO yakin mampu meraih sokongan undi anak muda terutama mereka yang berumur 18 hingga 21 tahun dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, beliau yakin anak muda akan membuat pertimbangan bijak dan bukan bersandarkan persepsi terhadap sesebuah parti semata-mata.

Malah katanya, ramai pengundi muda ‘atas pagar’ yang tidak memihak kepada mana-mana parti yang bertanding kali ini.

“Saya tidak bersetuju dengan mereka yang mengatakan orang muda banyak sokong pembangkang. Mana-mana parti ada pengundi tegar merek dan sokongan dari semua julat umur. Namun, untuk golongan muda, ramai yang masih atas pagar dan akan memilih mengikut kebijaksanaan dan pertimbangan mereka pada satu ketika.

“Mana-mana parti yang boleh menawarkan penyelesaian kepada masalah gaji misalnya, itulah parti yang akan dipilih oleh orang muda,” katanya kepada Mingguan Malaysia baru-baru ini.

Seramai 21,173,638 pengundi layak mengundi berdasarkan daftar pemilih yang diwartakan pada PRU15 melibatkan 222 kerusi Dewan Rakyat.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira 1.4 juta pengundi berusia 18 sehingga 21 tahun manakala 4.6 juta pengundi berumur 21 sehingga 29 tahun.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pula berkata, beliau yakin mampu meraih undi anak muda berdasarkan reputasi dan imej kotor parti lawan.

“Saya yakin mereka cenderung kepada PN sebab imej dan reputasi BN sebagai sebuah parti yang diselimuti skandal rasuah. Begitu juga PH yang terkait dengan isu korupsi membabitkan Lim Guan Eng Eng. Presiden Muda, Syed Saddiq juga tidak terkecuali. Malah PH bahaya dari segi ideologi yang cenderung kepada ekstrem kiri atau liberal.

“Itu akan menolak sokongan anak muda daripada golongan konservatif atau pertengahan. Walaupun ada yang orang Islam yang ke kelab malam dan tidak puasa, tetapi bab akidah memang kita tidak boleh dipersoalkan. Jadi undi golongan ini yang PN akan dapat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN