Pengawal keselamatan maut tersepit pagar automatik

Pengawal keselamatan maut tersepit pagar automatik

SEORANG pengawal keselamatan warga Pakistan maut selepas tersepit di pagar automatik tempat kerjanya di Jalan Sri Purnama 5, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pengawal keselamatan warganegara asing maut selepas tersepit di pagar automatik sebuah kedai perkakasan di Jalan Sri Purnama 5, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II, Khairul Azhar Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 7.29 malam.

“Mangsa ialah Sami Ur Rahman, berusia 29 tahun  seorang warga Pakistan dan bertugas sebagai pengawal keselamatan di premis tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Khairul Azhar berkata, anggota bomba bertindak membuka pagar automatik tersebut secara manual dengan bantuan pegawai penyelenggara kedai. 

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian, sebelum mayatnya diserah kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN