PDRM tunggu maklum balas DPP

PDRM tunggu maklum balas DPP

peguam negara
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu maklum balas daripada Pejabat Peguam Negara (DPP) berhubung empat kertas siasatan dakwaan salah laku Tan Sri Tommy Tho­mas.
Sumber memberitahu Utusan Malaysia, tiada sebarang keputusan diperoleh setakat ini memandangkan kertas siasatan berkenaan masih diteliti pihak DPP.

“Setakat ini tiada maklum balas lagi diterima PDRM,” kata sumber itu.

Mingguan Malaysia sebelum ini mendedahkan polis pada mulanya membuka lima kertas siasatan terhadap bekas Peguam Negara berkenaan namun hanya empat kertas siasatan yang diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Sumber berkata, cadangan pertuduhan yang dikemukakan polis seperti yang terkandung dalam buku laporan Pasukan Petugas Khas bertajuk Siasatan Ke Atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk My Story: Justice In The Wilderness Tulisan YBhg. Tan Sri Tommy Thomas, Bekas Peguam Negara yang di­nyahsulit kerajaan pada Selasa lalu.

Menerusi laporan tersebut, Pasukan Petugas Khas mendapati Tommy mungkin melakukan kesalahan di bawah Seksyen 124I dan 203A Kanun Keseksaan; Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009; Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972; Seksyen 4 Akta Hasutan 1948; dan di bawah peraturan, prosedur serta pekeliling Kerajaan.

Jumaat lalu, Utusan Malaysia  menyenaraikan sembilan ele­men kemungkinan berlaku salah laku bekas Peguam Negara itu.

Antaranya campur tangan Tom­my dalam melantik hakim-hakim, membocorkan rahsia ke­­rajaan, menyalahguna kuasa melantik peguam luar untuk me­wakili kerajaan sehingga mencemarkan imej badan kehakiman.
Selain itu, Tommy turut tidak patuh dengan peraturan dan pe­­keliling kerajaan berhubung isu penjualan kapal Equanimity dan melakukan kecuaian profesional dalam isu membabitkan tuntutan tanah di Tanjung Bu­ngah, Pulau Pinang.

Dalam pada itu, mengenai sama ada PDRM telah memulakan siasatan atau sebaliknya terhadap kenyataan Tommy Thomas tentang kerajaan Melayu gagal dalam satu forum pada bulan lalu, sumber berkata, semakan lanjut perlu dilakukan.

“Tidak dapat dipastikan, perlu semak mengenai perkara itu terlebih dahulu,” jelasnya.

Terdahulu, sebuah portal mendedahkan PDRM juga menyiasat kenyataan Tommy Thomas dan pengerusi Parti Sosialis Malaysia, Dr Michael Jeyakumar Devaraj.

Mereka telah dipanggil Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman untuk memberi keterangan mengenai kes itu pada khamis lalu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya