Pasangan kembar seiras sambung pengajian di UMK

Bagaikan ‘magnet’, pasangan kembar seiras sambung pengajian di UMK

NUR A’lya Nadhirah Razali (kiri) bersama Nur A’naa Sakinah melihat borang permohonan kemasukan ke UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan. - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pasangan kembar seiras, Nur A’lya Nadhirah Razali, 20 dan Nur  A’naa Sakinah, 20, bagaikan ‘magnet’ apabila terpilih menyambung di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota di Pengkalan Chepa di sini.

Pasangan kembar seiras yang berasal dari Johor itu menyambung pengajian dalam bidang sama iaitu Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan) Dengan Kepujian. 

Nur A’lya Nadhirah berkata, peringkat awal dia dan kembar  memohon jurusan pengajian yang berbeza selepas memperoleh keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM).

“Saya sama sekali tidak menyangka memperoleh jurusan yang sama (Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan) Dengan Kepujian) walaupun surat tawaran yang diterima pada tarikh berbeza. Apa-apapun saya bersyukur kami dapat menyambung pelajaran bersama-sama di UMK,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Nur A’naa Sakinah memberitahu, dia juga tidak menduga kerana dapat belajar bersama kakaknya.

“Sememangnya semasa kecil sehingga sekarang kami tidak pernah berpisah, walaupun berada di kelas yang berbeza semasa di bangku sekolah. Kami juga sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain sepanjang bersamanya dan keluarga,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Naib Canselor UMK, Profesor Dr. Razli Che Razak berkata, pihaknya menerima lebih 2,000 penuntut baharu program Ijazah Sarjana Muda bagi Sesi Akademik 2022/2023.

Katanya, Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) mencatatkan jumlah pelajar paling ramai iaitu seramai 717 orang,  Fakulti Keusahawan dan Perniagaan (FKP) seramai 562 orang serta Fakulti Teknologi Kreatif Kesenian dan Warisan (FTKW) seramai 428 orang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.