Pasangan kekasih jual dadah bentuk rokok ditahan

Pasangan kekasih jual dadah bentuk rokok ditahan

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kegiatan sepasang kekasih yang menjual dadah dalam bentuk rokok terbongkar selepas ditahan polis dalam Op Grace di sebuah unit kondominium di Jalan Seri Wangsa, Wangsa Maju dekat sini kelmarin. 

Serbuan pukul 6.50 petang itu dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur itu turut merampas dadah serta peralatan memproses dadah bernilai RM1.5 juta.

Pasangan kekasih berusia 29 dan 30 tahun yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dan Diploma Pengurusan Hotel itu dikatakan mendapatkan bekalan dadah melalui laman web gelap (dark web) dari luar negara sebelum diproses menjadi rokok dan dijual di pasaran tempatan pada harga tinggi.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman berkata, siasatan dilakukan mendapati suspek membeli dadah itu dari luar negara secara dalam talian dan memprosesnya di rumah yang disewa mereka sebelum dijual semula.

Katanya, pelanggan dari Lembah Klang mendapatkan bekalan secara terus daripada suspek manakala penghantaran kepada pelanggan luar Lembah Klang pula dibuat melalui perkhidmatan kurier.

“Mereka aktif melakukan aktiviti itu sejak tiga bulan lalu dan disyaki mempelajari cara memproses dadah Mushroom serta cecair vape mengandungi dadah itu melalui dalam talian. 

“Dadah itu dijual pada harga RM100 hingga RM150 sebatang,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, polismenahan pasangan itu di kawasan lobi kondominium sebelum membawa ke sebuah unit kediaman yang dijadikan makmal memproses dadah.

Ujarnya, hasil pemeriksaan menemukan beberapa guni dadah jenis Mushroom seberat 57 kilogram (kg), dadah jenis ganja (17.7 gram), serbuk proses dadah (2.9 kg), 23 botol cecair vape mengandungi dadah, 27.8 liter cecair kimia dan pelbagai peralatan memproses dadah.

“Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM300. Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM1.5 juta.

“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari sehingga 18 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya