Menteri PN perlu tolak PRU-15 tahun ini dalam mesyuarat Kabinet

Menteri PN perlu tolak PRU-15 tahun ini dalam mesyuarat Kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua jemaah Menteri daripada  Perikatan Nasional (PN) menolak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada tahun ini dalam mesyuarat Kabinet.

Muhyiddin yang juga merupakan Pengerusi PN berkata, semua ahli Parlimen PN juga diminta mengambil pendirian sama menolak PRU-15 diadakan pada tahun ini.

Beliau berkata, PRU15 tidak wajar diadakan pada tahun ini memandangkan Monsun Timur Laut akan bermula tidak lama lagi dengan banjir dijangka melanda negara terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur.

“Mengadakan pilihan raya semasa musim banjir tentunya akan menjejaskan perjalanan pilihan raya di samping menyusahkan rakyat.

“Kerajaan mesti memberi fokus kepada persiapan menghadapi musim banjir di samping terus memberi tumpuan kepada usaha mempercepatkan proses pemulihan negara pasca pandemik Covid-19

“Rakyat sedang terbeban dengan masalah inflasi, kenaikan harga barang dan kejatuhan nilai ringgit di samping proses pemulihan negara yang masih perlahan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Muhyiddin, penyelesaian kepada permasalahan tersebut mesti diberikan tumpuan sepenuhnya oleh kerajaan terutama menerusi Bajet 2023.

Terdahulu, Pas turut menegaskan pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat bagi memberi laluan kepada PRU15 adalah tidak wajar malah kerajaan tidak perlu menyegerakannya buat masa ini.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, Pas berpandangan sedemikian selepas mengambil kira faktor pemulihan ekonomi dan jangkaan musim tengkujuh yang boleh menyukarkan rakyat serta jentera kerajaan. – UTUSAN

 

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya