Kempen media sosial tarik undi golongan muda

Media sosial tarik undi golongan muda

JASMIN FARHANA AHMAD JAMAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penggunaan media sosial sebagai alat kempen pilihan raya dilihat semakin penting kerana ia mudah diakses dan menarik golongan muda

Justeru semua jentera Pejuanita Muda perlu memainkan peranan masing-masing mengajak rakyat memilih pasti yang mereka sukai dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). nanti.

Exco Keusahawanan Pejuanita Muda Malaysia, Jasmin Farhana Ahmad Jamal berkata, media sosial merupakan landasan yang sangat penting bagi memperkenalkan parti dan menguar-uarkan sebarang aktiviti kemasyarakatan.

Jelasnya, sasaran undi untuk PRU-15 semakin meluas kerana kehadiran pengundi 18 tahun yang menjadi sebahagian pemilih pada PRU kali ini manakala media sosial sepatutnya menjadi salah satu medium utama kempen.

“Pada masa ini, akhbar dan televisyen semakin kurang mendapat perhatian tidak kira golongan muda mahupun tua terutamanya apabila balik daripada kerja, media sosial adalah medium pertama yang dibuka. 

“Kewujudan media sosial bagi saluran berita seperti RTM dan Astro Awani juga menyebabkan orang tua lebih memilih untuk rujuk media sosial terlebih dahulu sebelum merujuk media lain sebab itu ia penting , “ katanya ketika dihubungi.

Beliau turut mengulas mengenai penggunaan media sosial dalam kempen yang dilakukan oleh Pejuanita Muda seperti ketika musim banjir atau apa-apa aktiviti kemasyarakatan.

Beliau berkata, PRU15 akan datang, medium utama kempen yang digunakan adalah ‘Facebook’, ‘Twitter’ dan juga ‘Instagram’.

Jasmin memberitahu, kebanyakan penggunaan media sosial adalah untuk sebarang makluman informasi seperti Ketua Pejuanita Muda, Dr. Nurul Ashikin sendiri yang menggunakan aplikasi ‘tiktok’ untuk menyampaikan maklumat kepada golongan muda. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.