LTDL 2022: Beberapa laluan utama di Pulau Pinang ditutup

LTDL 2022: Beberapa laluan utama di Pulau Pinang ditutup

SOFFIAN Santong (kanan) dalam sidang akhbar mengenai penutupan jalan bagi memberi laluan kepada acara Jelajah Le Tour De Langkawi (LTDL) 2022 di IPD Timur Laut, George Town, Pulau Pinang, hari ini. - FOTO/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Beberapa laluan utama dari tapak pelepasan Jelajah Le Tour De Langkawi (LTDL) 2022 peringkat keenam iaitu dari Padang Kota Lama menghala ke Jambatan Pulau Pinang akan ditutup secara berperingkat bermula 15 hingga 16 Oktober ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, Pulau Pinang adalah destinasi utama pelepasan LTDL 2022 yang mana melibatkan laluan dari George Town ke Alor Setar sejauh 120.4 kilometer.

“Majlis pelepasan jelajah LTDL peringkat keenam akan diadakan pada 16 Oktober ini di Padang Kota Lama di sini.

“Bagi memastikan kelancaran program ini, terdapat beberapa laluan utama dari tapak pelepasan iaitu di Padang Kota Lama menghala ke Jambatan Pulau Pinang akan ditutup secara berperingkat bermula 15 hingga 16 Oktober ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Soffian berkata, antara laluan utama yang terlibat dengan penutupan jalan adalah Jalan Padang Kota Lama yang akan ditutup bermula 16 Oktober pada pukul 12 tengah malam hingga 12 tengah hari.

Katanya, Jalan Tun Syed Barakbah pula akan ditutup sepenuhnya pada 16 Oktober bermula pukul 12 tengah malam hingga 11 pagi manakala laluan di Lebuh Light akan ditutup sepenuhnya bermula 16 Oktober pukul 8 pagi hingga selesai acara.

“Selain itu, penutupan penuh dilakukan di depan Dewan Sri Pinang yang mana kenderaan yang masuk dari Lebuh Farquhar akan dilencongkan ke kanan melalui Jalan Masjid Kapitan Keling.

“Persimpangan keluar dari Lebuh King dan persimpangan masuk ke Lebuh Penang akan ditutup sepenuhnya bagi semua kenderaan dan Lebuh Pantai turut ditutup bagi semua kenderaan,” katanya.

Selain itu, katanya, Jalan Pengkalan Weld dan sepanjang Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu juga ditutup pada 16 Oktober bermula pukul 8 pagi sehingga selesai.

“Susur masuk Jambatan Pulau Pinang dari arah pusat bandar juga ditutup sepenuhnya dalam tempoh acara ini berlangsung.

“Susur masuk jambatan Pulau Pinang dari arah Bayan Lepas juga ditutup kepada semua kenderaan dan dilengcongkan ke arah pusat bandar sahaja,” katanya.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan menggunakan jalan alternatif untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas semasa program diadakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya