Sze Fei-Izzuddin meneruskan perjuangan ke pusingan kedua

Sze Fei-Izzuddin meneruskan perjuangan ke pusingan kedua

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki No. 8 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani meneruskan ke peringkat 16 terbaik selepas mengetepikan Wesley Koh-Junsuke Kubo dari Singapura pada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia di Jakarta, Indonesia, hari ini.sze feiSze FeiSze FeiSze FeiSz

Gandingan profesional itu hanya mengambil masa selama 30 minit untuk menewaskan beregu ke-41 dunia tersebut 21-17, 21-16 dalam masa 30 minit di peringkat 32 terbaik.

Kemenangan tersebut menyaksikan Sze Fei-Izzuddin kini mencatat rekod pertemuan ke atas Wesley-Kubo menjadi 2-0.

Pada pusingan kedua, Khamis ini, bekas beregu No. 1 dunia itu akan menemui pertemuan sama ada dengan wakil Jepun, Takumi Nomura-Yuichi Shimogami atau Ben Lane-Sean Vendy dari England.

Jika gandingan Nomura-Shimogami yang menanti Sze Fei-Izzuddin di peringkat 16 terbaik, pertemuan itu akan menjadi perlawanan pertama buat kedua-dua beregu yang belum pernah bertembung dalam mana-mana kejohanan antarabangsa.

Seandainya Lane-Vendy yang menghuni ranking No. 11 dunia menjadi pencabar beregu No. 3 negara itu, maka, Sze Fei-Izzuddin harus waspada rekod dengan pertemuan 0-2 yang jelas berpihak kepada pasangan England.

Sementara itu, gabungan dua negara Korea Selatan dan Malaysia, Choi Sol Gyu-Goh V Shem ditunjukkan keluar seawal pusingan pertama selepas tumpas kepada Cristo Popov-Toma Junior Popov dari Perancis 18-21, 15-21 dalam masa 31 minit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN