Lepasi fasa membimbangkan, ibu Memey Suhaiza stabil - Utusan Malaysia

Lepasi fasa membimbangkan, ibu Memey Suhaiza stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usahawan dan pelakon, Memey Suhaiza bersyukur apabila keadaan ibunya, Norlela Abdul Rahman yang dimasukkan ke hospital, semalam semakin stabil.

Perkembangan tersebut dikongsikan isteri pelakon Norman Hakim itu di Instagramnya, hari ini.

“Alhamdulillah, mak sudah boleh respons, sudah ada perkembangan yang baik. Nampak mak happy bila semua anak ada depan mata.

“Sesekali mengalir air mata bila masing-masing cuba bercakap, bagi kekuatan untuk mak. Tapi, syukur dan lega sangat bila sudah melepasi fasa yang agak membimbangkan.

“Terima kasih banyak buat semua yang mendoakan kesembuhan mak. Maaf saya tidak sempat balas semua komen dan Whatsapp, tetapi saya sangat hargai,” tulisnya.

Terdahulu, ibu Memey dimasukkan ke zon merah di Hospital Sultan Ismail Johor Bharu. Bagaimanapun Memey tidak menyatakan sebab ibunya dimasukkan ke hospital tersebut.

Usaha Utusan Malaysia mendapatkan Memey dan suaminya bagi mendapatkan butiran lanjut mengenai keadaan ibu tidak berhasil.

Memey dan Norman mendirikan rumah tangga sejak tahun 2011 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim serta Mikayla Delisha Hakim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya