Lelaki warga asing ditahan terlibat kes pukul 

Lelaki warga asing ditahan terlibat kes pukul 

BEH ENG LAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes pukul di jalan berhadapan tol keluar pasar borong Kuala Lumpur dekat sini pada 17 Oktober lalu. 

Lelaki berusia 31 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2.22 petang di rumah kedai di tingkat dua, Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, Sabtu lalu. 

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, siasatan mendapat suspek mengaku telah memukul dan menendang mangsa secara bertubi-tubi dengan seorang lagi rakannya yang masih bebas.

Katanya, suspek mendakwa mangsa telah melanggar seorang kanak-kanak yang merupakan anak jiran teman wanitanya.

“Selain itu, suspek turut mengaku telah merampas kunci kereta milik mangsa dan kunci itu telah dibuang di kaki lima pasar borong.

“Ketika ditahan, polis turut merampas serangkai anak kunci kereta beserta alat kawalan jauh yang dirampas daripada mangsa dan sehelai jeans hitam yang digunakan oleh suspek semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut Eng Lai, semakan rekod mendapati suspek tidak mempunyai jenayah lampau dan kini direman bermula semalam sehingga Jumaat ini. 

Ujarnya, pihak polis kini mengesan seorang lagi rakan suspek yang masih bebas. 

“Polis Kuala Lumpur menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan bersama-sama menjaga kesejahteraan dan keharmonian. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, 03- 40482222,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN