Lelaki campak kucing dari tingkat 15 ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki campak kucing dari tingkat 15 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan dipercayai melakukan khianat terhadap haiwan dengan membuang kucing dari tingkat 15 di sebuah pangsapuri di Jalan PJS 8/9 di sini.

Ini susulan laporan diterima pihak polis pada pukul 9.37 malam kelmarin daripada orang awam yang menyatakan terdapat seorang lelaki mencampak tiga ekor kucing di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya pergi ke lokasi tersebut dan menahan suspek lelaki warga tempatan berusia 44 tahun.

Katanya, suspek yang menyewa di kediaman tersebut mengaku terlibat dalam kejadian terbabit.

“Pihak polis turut menemukan tiga ekor kucing tidak bernyawa bersama suspek.

“Suspek akan direman untuk disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana menganiaya dan khianat terhadap haiwan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya