PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa menangguhkan proses pengundian di mana-mana pusat mengundi atas sebab-sebab tertentu di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata, sebab-sebab itu termasuk berlaku banjir atau terdapat mana-mana pusat mengundi dinaiki air yang mengakibatkan proses pengundian tidak dapat dijalankan. Jika itu berlaku, kata beliau, undang-undang itu memberi kuasa kepada…










