Kontraktor gagal siapkan ubah suai rumah ikut tempoh

Kontraktor gagal siapkan ubah suai rumah ikut tempoh

GAN Ay Ling (kanan) dan Asrul Nizan Abd Jalil (dua dari kiri) meninjau keadaan rumah Muhd. Syukur Aiman Mohd. Shukri (kiri) di Kampung Bakau, Kangar yang terbengkalai sejak lebih sebulan lalu. - FOTO/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Hasrat seorang pemuda menduduki kediaman lebih selesa terbantut selepas kontraktor dilantik didakwa gagal menyiapkan pengubahsuaian rumahnya di Kampung Bakau di sini dalam tempoh ditetapkan.

Muhd Syukur Aiman Mohd Shukri, 21, berkata, sebelum ini, pihaknya menerima tawaran bagi menambah baik kediaman itu daripada sebuah agensi dengan kontrak bernilai RM12,996.

Bagaimanapun katanya, kerja-kerja penambahbaikan yang bermula pada 8 Ogos dan dijadual siap lebih satu bulan lalu masih tergendala sehingga kini.

“Pihak kontraktor hanya datang sebanyak dua kali dengan meninggalkan barang-barang pembinaan seperti batu, pasir dan bata di hadapan rumah saya.

“Selepas itu, mereka tidak datang melakukan kerja-kerja pembinaan itu sehingga melebihi tempoh tarikh pembinaan yang dijadualkan siap,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Hadir meninjau rumah keadaan rumah tersebut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling; ADUN Sena, Asrul Nizan Abd Jalil dan Ketua Biro Bantuan Guaman Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kangar, Muhammad Izwan Khudzir.

Tambah Aiman, dia pernah menghubungi kontraktor terlibat bagi bertanyakan status pembinaan tersebut namun pihak berkenaan memberikan pelbagai alasan antaranya disebabkan faktor cuaca dan kekurangan pekerja berikutan terdapat banyak projek menjelang musim pilihan raya.

“Alasan itu tidak munasabah dan sekiranya mereka tidak boleh laksanakan, beri sahaja tender ini kepada kontraktor lain yang lebih layak,” katanya. 

Sementara itu, Ay Ling berkata, permasalahan itu tidak sewajarnya berlaku berikutan kontraktor terlibat perlu menunaikan amanah yang diberikan dengan sebaiknya.

Katanya, segala peralatan dan barangan binaan juga turut dilonggokkan di hadapan rumah terlibat sehingga menyebabkan kacau ganggu kepada jiran-jiran lain.

“Kita menggesa pihak kontraktor agar dapat memulakan semula pembinaan pada Isnin ini dan menyiapkan penambahbaikan ini dalam tempoh dua minggu.

“Sekiranya gagal berbuat demikian, Biro Bantuan Guaman Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kangar tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

Dalam pada itu, Asrul Nizan pula berkata, beliau percaya masih ramai yang mengalami nasib sama seperti Aiman apabila pihak kontraktor gagal menyiapkan rumah seperti temph ditetapkan.

“Jadi saya harap mereka yang mengalami nasib sama dapat tampil agar nasib mereka khususnya dalam golongan B40 ini terbela,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya