Khalid Samad sah tanding di Titiwangsa

Khalid Samad sah tanding di Titiwangsa

KERATAN laporan Utusan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad disahkan bertanding di kerusi Parlimen Titiwangsa pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini selepas tiga penggal bertanding di Parlimen Shah Alam.

Ini bermakna, pemimpin pembangkang berusia 65 tahun itu kemungkinan besar bersaing dengan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Pengarah Pilihanraya Amanah, Datuk Asmuni Awi menjelaskan, walaupun keputusan itu berisiko namun partinya yakin Khalid dapat mengembalikan semula Titiwangsa kepada Pakatan Harapan (PH).

“Keputusan Amanah mencalonkan Khalid di Parlimen Titiwangsa merupakan pengorbanan yang luar biasa. Meninggalkan Shah Alam bukan keputusan mudah. Parlimen ini telah dikuasainya selama tiga penggal dan pada PRU lalu, Khalid memperoleh majoriti 33,849 menunjukkan kepimpinannya diterima semua pihak.

“Titiwangsa bakal menjadi percaturan sengit kepada Khalid. Beliau akan mempertaruhkan rekod cemerlangnya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan untuk memastikan Titiwangsa kekal sebagai Wilayah PH.

“Banyak lagi percaturan berisiko tetapi berstrategi tinggi diambil oleh PH untuk memastikan pengundi seluruh negara turun mengundi pada 19 November dengan keyakinan dan doa untuk membentuk sebuah kerajaan persekutuan baharu,” katanya dalam kenyataan.

Khalid merupakan penyandang Parlimen Shah Alam sejak 2008, apabila beliau memenangi kerusi itu ketika mewakili Pas dalam gabungan Pakatan Rakyat dan kali kedua pada 2013, sebelum mempertahan Shah Alam buat kali ketiga apabila bertanding mewakili Amanah dalam gabungan PH.

Terdahulu, Johari minggu lalu mengesahkan beliau  bertanding dalam PRU15 dan difahamkan  berminat untuk bertanding sekali lagi di Titiwangsa selepas tewas kepada calon Bersatu, Datuk Seri Rina Harun pada PRU14 .

Bagaimanapun, Rina selaku penyandang kerusi Titiwangsa dikatakan akan digantikan dengan Wan Ahmad Fayhsal yang merupakan Ketua Bahagian Bersatu Titiwangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya